31 December 2008

salam hijrah 1430 dan tahun baru 2009



Saya ucapkan selamat tahun baru hijrah 1430 dan salam 2009 . Semoga tahun baru yang rasanya lebih mencabar ini dapat memberi kekuatan dan tentunya lebih kreatif dalam mencari duit (berita tentang krisis ekonomi dan pembuangan pekerja tentu membuatkan kita tambah kreatif dalam menambah sumber pendapatan ..)

Cuma yang sedihnya dalam menghitung detik detik penghujung tahun berita tentang kekejaman zionis pula menjadi berita utama. emmmm ..alfatihah untuk yang syahid. Janganlah hendaknya berita berita begini menjadi tatapan kita ditahun baru 2009 ini. Insya allah..doakan yang terbaik untuk semua umat islam seluruh dunia.

17 December 2008

Bila rasaku ini rasamu

Semalam saya dan keluarga berkunjung kerumah kakak saya yang baru aja balik dari Hospital umum Kuching.
Pada 4/12 lalu dia dihantar ke hospital kuching kerana disyaki mengidap' malignant soft tissue tumor'.Setelah biopsi dijalankan keputusannya alhamdulillah..ketumbuhan itu tidaklah seteruk mana tapi perlu juga diberi perhatian selepas ini. Sepanjang 'honeymoon' nya di hospital itu memanglah perasaan berdebar mengetahui apa keputusan yang bakal diketahui.Rasanya 13 hari menginap di hospital itu untuk wanita seperti kakak saya yang terkenal dengan airmatanya. hehe Memanglah memeritkan,memandangkan keadaannya tidaklah seteruk mana. Dari ceritanya..banyak lagi orang yang lebih teruk keadaannya berbanding dia..malah ada yang sudah 2 tahun menginap dihospital itu...emmmmm tetiba teringat tajuk lagu kerispatih 'bila rasaku ini rasamu' rasanya tak sanggup untuk mengalaminyaaaa...

16 December 2008

Akhirnyaaaaaaaaa......








Finalllyyyyyy..akhirnyaaaaaa dapat juga membawa anak anak pergi berjalan-jalan..taklah pegi jauh sangat ..setakat ke Zoo lok kawi ja..hehe perjalanan dari rumah ke zoo hanya mengambil masa dalam 20 minit.(tu pun pegi hujung minggu).Anak anak semestinya yang paling gembira ..yalah sejak cuti sekolah bermula destinasi yang paling jauh pernah dikunjungi hanyalah balik ke kampung melawat nenek.Lawatan kali kedua ini rasanya lebih seronok memandangkan haiwan yang makin bertambah dan juga stamina yang lebih ampuh(sebelum ini pancit jugalah memandangkan kawasan zoo yang agak luas) tapi kesudahannya pastilah balik dengan muka yang penat dan kaki yang lenguh.ohhhh!!!!!!!!


muka yang masih ceria dan bertenaga (baru 20 minit memasuki zoo)








salah satu bintang yang tidak dikurung di zoo ini-rama rama


muka yang lesu menandakan bateri lam badan dah makin low(hehe yala hampir 2 jam melilau melihat hidupan di dalam zoo)









14 December 2008

Filem seram yang tak seram

Hujung minggu lepas saya berkesempatan menonton satu cerita seram di saluran tv berbayar bersama isteri dan mentua di kampung isteri saya.Memandangkan cerita bermula jam 12 lebih..tentunya mood seram tu wujud ..malah rasanya lebih menyeramkan dengan lolongan anjing dan dengkuran kecil anak saya..hehe..tetapi sepanjang menonton filem itu rasanya saya lebih banyak tertawa berbanding menjerit ketakutan.Bayangkan jika entiti itu terpaksa merangkak menuju mangsa seterusnya(terlebih pengaruh the ring)sudahnya kain putih jadik kotor..dah tu buang masa pulak...yalah merangkak..kan besst kalau terbang..cepat skit..dah tu asyik main sembunyi sembunyi .Rasanya produser sekarang ini kena berfikir lebih kreatif untuk mencari elemen seram tu..emmm sekarang ini menonton cerita seram di tv jam 2 pagi pun masih boleh rileks sambil makan kacang tanpa perlu menutup mata ....yang bener sehhhhh...

12 December 2008

Tarikh lahir anda







Klik kat site ni


http://www.islam.com/islamicdates.asp

Pasti lepas ni anda akan tahu tarikh lahir anda mengikut kalendar

Islam.Yang pasti saya dilahirkan pada 17 Rejab 1395. Bila tu????

L.P.L.S(pinjam kata kata nabil)

10 December 2008

bercuti dimana???

"Cuti ni nak p mana"..soalan yang selalu bermain di kepala setiap kali cuti sekolah bermula.boleh menjadi
"soalan ngeri" untuk ibu bapa bila anak-anak bertanya..begitu juga dengan saya..haha..bukan senang untuk
mengelak dari tidak menjawab soalan sebegitu.Perancangan untuk bercuti sudah lama difikirkan cuma..untuk
melaksanakannya hampir pasti memerlukan masa dan juga ONGKOSnya..harapan semoga cuti kali ini dapat
membawa keluarga "cuti cuti Malaysia " sebelum musim persekolahan bermula..