17 December 2008

Bila rasaku ini rasamu

Semalam saya dan keluarga berkunjung kerumah kakak saya yang baru aja balik dari Hospital umum Kuching.
Pada 4/12 lalu dia dihantar ke hospital kuching kerana disyaki mengidap' malignant soft tissue tumor'.Setelah biopsi dijalankan keputusannya alhamdulillah..ketumbuhan itu tidaklah seteruk mana tapi perlu juga diberi perhatian selepas ini. Sepanjang 'honeymoon' nya di hospital itu memanglah perasaan berdebar mengetahui apa keputusan yang bakal diketahui.Rasanya 13 hari menginap di hospital itu untuk wanita seperti kakak saya yang terkenal dengan airmatanya. hehe Memanglah memeritkan,memandangkan keadaannya tidaklah seteruk mana. Dari ceritanya..banyak lagi orang yang lebih teruk keadaannya berbanding dia..malah ada yang sudah 2 tahun menginap dihospital itu...emmmmm tetiba teringat tajuk lagu kerispatih 'bila rasaku ini rasamu' rasanya tak sanggup untuk mengalaminyaaaa...

No comments: