14 December 2008

Filem seram yang tak seram

Hujung minggu lepas saya berkesempatan menonton satu cerita seram di saluran tv berbayar bersama isteri dan mentua di kampung isteri saya.Memandangkan cerita bermula jam 12 lebih..tentunya mood seram tu wujud ..malah rasanya lebih menyeramkan dengan lolongan anjing dan dengkuran kecil anak saya..hehe..tetapi sepanjang menonton filem itu rasanya saya lebih banyak tertawa berbanding menjerit ketakutan.Bayangkan jika entiti itu terpaksa merangkak menuju mangsa seterusnya(terlebih pengaruh the ring)sudahnya kain putih jadik kotor..dah tu buang masa pulak...yalah merangkak..kan besst kalau terbang..cepat skit..dah tu asyik main sembunyi sembunyi .Rasanya produser sekarang ini kena berfikir lebih kreatif untuk mencari elemen seram tu..emmm sekarang ini menonton cerita seram di tv jam 2 pagi pun masih boleh rileks sambil makan kacang tanpa perlu menutup mata ....yang bener sehhhhh...

No comments: