01 October 2009

Siapa cakap kita selamat?

2,3 hari selepas seminggu beraya bandar Kota Kinabalu dikejutkan dengan tiupan angin bersama sama hujan lebat yang amat menggetarkan hati . Bukan hanya KK yang dilanda ribut kencang malahan pulau Labuan dan kampung isteri saya (Kuala Penyu)dilanda ribut .Dengarnya lebih 6 buah rumah di Kuala Penyu habis berbumbungkan langit selepas ribut itu melanda.


Siapa sangka ancaman ribut dan gempa bumi boleh melanda negara ini. Sebelum ini kita dikatakan antara negara yang selamat dari malapetaka gempa bumi dan ribut taufan. tapi mulai sekarang rasanya tanggapan itu terpaksa diubah.Kita seharusnya bersedia dengan fenomena seperti ini. ZON SELAMAT sudah tiada dalam kamus kehidupan kita.


Semoga semua kejadian yang berlaku menginsafkan kita.



17 September 2009

Salam Aidilfitri 1430

Sewaktu meng'update' blog ini ,rasanya feel sudah jauh ke kampung. Sudah terbayang bagaimana kecohnya menghias rumah bersama adik beradik. Ada yang sudah seharian membersihkan halaman rumah. Mungkin kerja kerja makin bertambah bila cat lama diganti baru. Tapi itu dahulu, sekarang ini masing masing ada komitmennya hinggakan hanya berjumpa di hari raya ke dua. Tapi sekurang kurangnya semua keluarga masih boleh berkumpul beramai ramai.


Raya Aidilfitri sudah terlalu dekat. Ramadhan pula akan berlalu pergi. Pastinya keberkatan dibulan Ramadhan diingati selalu. Juga usaha anak anak yang mahukan puasa sebulan bersama keluh kesah dan keperitan menahan rasa haus dan lapar pasti jadi ingatan saya pada Ramadhan kali ini. Apapun saya tetap merindukan takbir pada malam menjelang raya, bunyi letupan mercun dan bunga api, dan juga raut wajah ibu menantikan anak anaknya balik ke kampung.

Salam Aidilfitri . Maaf zahir dan batin. selamat minum sirappp!!!

10 August 2009

Jerebu di Kota Kinabalu


Agak lama tidak mengupdate blog, bukan kekeringan idea atau sudah tidak mampu untuk berkongsi apa apa yang menarik tentang kehidupan ini. Cuma agak kesibukan dalam membuat "side income" hohoh..apa side income itu, biarlah jadi rahsia..


Keadaan Kota Kinabalu sekarang berjerebu.Suasana yang amat tidak saya gemari. Yalah.. sebagai pencinta kepada matahari, sekurang kurangnya apabila menjenguk di luar rumah pada awal pagi pasti cahaya matahari yang dirindui. Sekarang ini, cahayanya pun tenggelam dek jerebu yang tebal.

Teringat pada nikmat yang tiba tiba ditarik dari kita. membuatkan kita insaf dan bersyukur atas apa yang kita nikmati sebelum ini. Siapa yang boleh mengatakan yang kita tidak boleh menikmati syurga sewaktu hidup. Sedangkan sinaran matahari yang menghangatkan badan pada awal pagi salah satu tanda kebaikan dan nikmat syurga didunia ini.





25 June 2009

Rumahku Syurgaku

Salah satu kesibukkan saya pada bulan Jun ini tentunya bila tiba tiba idea untuk me'makeup' rumah timbul. Memang sudah lama niat untuk membuat 'plaster ceiling' tetapi bila mengingati sewaktu kerja menambah keluasan dapur, habuk dan juga modalnya(hoho) membuat saya berfikir panjang.


Akhirnya cuti sekolah 2 minggu dimanafaatkan. Cuma saya memberi syarat kepada kontraktor supaya kerja kerja dapat disiapkan sebelum sekolah bermula. Sewaktu kerja kerja dijalankan, anak anak terpaksa tinggal di bahagian tingkat atas rumah. Syukur! hanya kawasan ruang tamu sahaja yang di'makeup' .Ruang dapur masih boleh digunakan cuma jadi agak sempit kerana sofa dan perhiasan rumah diletakkan dikawasan dapur dan bilik tetamu.


Alhamdulillah selepas seminggu sekolah, kerja kerja dapat disiapkan(sumpah! tidak akan mencari kontraktor yang sama..nasib baik kerja dapat disempurnakan). Bila melihat hasilnya hilang segala keluh kesah sewaktu kerja kerja dijalankan. Yalah siapa yang tahan bila melihat habuk putih dan rumah yang berselerak.







Sambutan Hari Lahir



Rasanya tidak terlambat untuk saya menguar uarkan sambutan hari lahir anak anak kesayangan saya (hohoho). Isteri sering bertanya mengapa tidak masukkan ke dalam post sedangkan sebelum ini hari lahir anak lelaki saya sempat pula masukkan. Bukan pilih kasih tapi masih belum berpeluang untuk mengupdate dan kekeringan idea(hehe).



Untuk Alya Bisyarah dan Nurin Nasuha..Selamat Hari Lahir dan semoga menjadi insan berguna dan menjadi kebanggaan Abah dan Ibu.



Anak sulung yang sudah mencecah umur 9 tahun.


muka control ayu bila sudah dapat hadiah









selamat hari lahir yang ke 7 tahun!

22 June 2009

Hari bapa dihargai

Untuk sesiapa lelaki yang mengaku dirinya bapa@bapa mithali saya ucapkan selamat menyambut hari bapa. Saya juga dirai kemarin. Mendapat 2 pasang baju kemeja dan 2 pasang seluar kerja pilihan isteri dan anak anak pasti membuat diri ini terasa dihargai. Mendapat pelukan dari isteri dan anak anak juga membuat terasa 1 hari itu cukup bermakna bagi saya.


Mengenangkan layanan dari anak anak membuatkan hati saya sebak bila teringat arwah ayah yang telah lama meninggalkan kami. Hari bapa ini baru buat saya, dulu dulu hari seperti ini jarang dirai.dan mungkin arwah juga jarang mendapat hadiah mahupun pelukan dari anak anaknya. tapi saya tahu, kasih sayangnya tetap tidak berkurang. Buktinya sewaktu saya belajar tanpa ada kereta sendiri dia masih sanggup untuk menghantar saya ke lapangan terbang dengan menumpang van. Juga sanggup menumpang rumah saudara jika penerbangan balik ke Semenanjung pada subuh hari.


Dia jarang menunjukkan kasih sayangnya tapi tetap menemani kami dan menyokong kami biarpun tanpa sumber kewangan yang banyak. Untuk sesiapa yang masih punyai ayah. Hargainya dia dan temanilah ia selagi dia ada .Kehilangan orang yang tersayang pastinya bukan satu pilihan yang kita gemari lebih lebih lagi bila meraikan hari seistimewa begini. Selamat hari Bapa!






25 May 2009

Musim kawin dah tiba.

Bulan Mei satu satunya bulan yang penuh dengan cuti dan perayaan. Hari Ibu, hari Guru, Pesta Kaamatan, birthday anak dan isteri(hohoho) dan yang pasti musim kenduri kawin.


Hujung minggu lepas saja, sudah menghadiri 2 majlis kenduri kahwin. Untuk minggu minggu berikutnya pasti banyak majlis kenduri kahwin dibuat memandangkan musim cuti persekolahan baru bermula. Yang best mengenai kenduri kahwin pastinya dapat berjumpa dengan kawan kawan lama sambil layan zapin ,kerepek pisang dan kopi panas...fuh! sewaktu bujang hensem dulu, teruja juga bila melihat anak anak gadis berjalan melintasi kita. Sekarang ini mungkin agak kurang sikit(hoho) memandangkan anak ada disebelah kita menjadi mata mata untuk ibunya.

Dalam enak menjamu selera dan mendapat Campur(ole2 seperti telur dan gula gula) jangan lupa mengunjuk(menghulur) tuan rumah.makan bukan free ah!!! selamat menempuh musim kenduri kahwin ahakss!














15 May 2009

Mengingati guru


Jasamu dikenang..itulah ungkapan yang sesuai untuk semua guru guru di seluruh Malaysia. Sambutan hari guru dirai pada 16 Mei setiap tahun. Kebetulan isteri juga seorang guru.

Cabaran guru sekarang rasanya lebih rumit dan perit. Selain mengajar, mereka perlu berhadapan dengan banyak masalah yang ditimbulkan oleh setiap pelajar. Setiap kali isteri mengadu tentang masalah disiplin, membuat saya berfikir, semakin zaman berubah semakin banyak masalah baru yang datang menimpa guru sekolah. Bayangkan..dahulu mana ada penggunaan telefon bimbit disekolah. Sekarang, jika ingin bertanyakan jawapan dengan rakan sebelah pun boleh melalui sms. Yang penting perlu berani!

Saya juga mengakui zaman dahulu pelajar lebih menghormati guru berbanding sekarang. Apa yang menyebabkan pelajar sekarang kurang menghormati guru, saya kurang pasti. Tetapi nilai hormat seorang pelajar kepada guru jugalah yang banyak membantu dalam memastikan pencapaian cemerlang setiap pelajar.

Untuk guru, selamat menyambut Hari Guru terutama untuk guru guru SMK Membakut tahun 1988-1992.








13 May 2009

Wei.. sudahlah sudahlah

Apa kes ni? kerajaan boleh bertukar tangan tak sampai 1 hari. Pop corn sudah habis tapi drama makin berbelit belit. WEI!!!! ini bukan pemilihan ketua darjah untuk kelas 5 anggur ataupun untuk memilih ketua kampung yang baru. Ini untuk menentukan siapa menteri besar yang sah dan halal.

Sebagai seorang yang tidak memihak kepada mana mana pihak, saya berasa sedih dengan apa yang berlaku. Ingatkan penyelesian sudah dicapai dan bolehlah pop corn dihabiskan memandangkan drama yang makin menuju penamat. Waduh!!!! babak baru dilakar perlu tempah pop corn lagi..

Sampai bila drama rayu merayu ini habis, saya kurang pasti. Benda yang berbelit belit ini perlukan satu kuasa untuk menyelesaikannya. Berilah kuasa penamat ini kepada rakyat. Biar rakyat yang tentukan. Rasanya drama ini sudah terlalu lama. Menjelang PRU13 pasti isu ini tetap akan disentuh. Nah!!! selesaikan dengan cepat agar rakyat boleh duduk dengan aman dan boleh mengenal siapa nama menteri besar mereka..hohoh

11 May 2009

Moral atau wangnya?

Ketawa besar saya bila membaca satu artikel mengenai kejayaan besar satu filem yang mengangkat isu lapuk dan gejala rempit yang makin berleluasa ini. Pungutan untuk filem itu sudah berjuta juta lemon tapi dari segi pengisian, minta maaf! hampeh!!

Sebelum filem ini ditayangkan, banyak jugalah komen dari pengarah sendiri mengenai moral cerita ini. Yalah, kalau dari segi moral, beratus ratus moral atau pengajaran yang boleh direka. Akhirnya kutipan juga jadi matlamatnya. Moral dari cerita jadi senyap.

Saya pun belum sempat menonton cerita ini.Tunggu sajalah di astro untuk siarannya pada hari raya nanti (hoho). Yang pasti pengisiannya tentulah aksi willy/rempit/ awek pakai baju seksi/gaduh gaduh mengisi 90% slot dan 10% untuk aksi insaffff...biasalah filem melayu..yang pentingg duit masyuk..

Selamat Hari Ibu


Saya tahu pasti mama(panggilan untuk ibu dirumah) tidak membaca blog ini. Pasti sewaktu blog ini ditulis, dia sedang duduk di depan rumah atau memerhatikan suasana rumah yang makin sunyi. Rumah yang mempunyai 10 bilik ini hanya meriah bila tiba hujung minggu. dan saya faham perasaannya bila anak dan cucu datang melawatnya setiap hujung minggu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari Ibu istimewa untuk Hajah Dayang Jamaliah Ag.Hassim . Tiada hadiah semewah yang boleh saya berikan cuma saya berjanji akan selalu melawatnya dan memastikan rumah peninggalan arwah bapa (Haji Ag.Damit Haji Jaafar) akan sentiasa riuh dan gembira sama seperti sewaktu dia menjaga kami 10 adik beradik dahulu.


04 May 2009

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir (bukan hari jadi..banyak bezanya tu hohoh)untuk anak kedua saya, Razin Naif. Satu satu nya anak lelaki saya ini. Permintaannya untuk hari lahir kali ini amat menggusarkan saya (hoho) kalau bukan PSP harusnya PS2.


Memandangkan keputusan ujian bulanannya masih belum dapat memuaskan hati saya (alasan). Saya menangguhkan dulu hasratnya itu. Lagipun dia masih boleh bermain game kesukaannya di internet. Budak sekarang terlebih advan. Lagipun dengan cara ini saya masih boleh mengawasinya dari lupa tanggungjawabnya sebagai pelajar..Ala.. saya dulu dulu pun tiada game masih boleh ketawa lagi.ketawa sambil main game Atari (pinjam jiran yang agak loaded). Tapi hadiah tetap saya berikan kepadanya( juga masih dalam 'wishlist' nya). Alhamdulillah.. dia masih tetap gembira dengan hadiah yang diberikan.Harapan saya..moga dia menjadi anak yang taat dan baik tingkah lakunya (seiring dengan makna namanya) insya allah.

Tahniah juga untuk adik saya, kerana berjaya menambah ahli keluarganya (hoho). Tragisnya sewaktu kelahiran anak, dia berada di Ipoh menyambung pelajarannya. Sabar..ada rezeki bertemu juga nanti.


posing bersama hadiah yang dijanjikan.Habis satu badan jadi sasaran peluru sesat.
















Biarpun majlis simple tapi tetap kenyang.makan malam dengan kek la jawabnya.

20 April 2009

Bila hero mengaku kalah.

'BOOOOO..tembirang ja labi.' 'namola kawan sama koo' teringat pula saya sewaktu kecil. Ayat ayat ini biasanya terkeluar bila ada seorang kawan (yang ngaku kuat tapi tidak mahu bermain dengan kita) .Alasan takut kalah. Tidak kiralah kalau permainan itu bola ka, guli ka, polis sentri ka, ataupun main gatah. Akhirnya kita terpaksa dengan rasa riak dan takbur mengaku diri ini pemenang bukan pengalah. Bukan salah kita tapi si kawan yang membenarkan diri kita berbuat demikian.

Apa moral cerita ini, hoho lu pikirla sendiri..tapi isu semasa buat saya berfikir. Adakah semua kenyataan yang dikeluarkan sudah menjangkakan satu pihak akan kalah ataupun kita sudah nampak jalan yang akan mereka lalui. Tapi bagi sesiapa yang mengaku dirinya punya kuasa, itulah satu satunya kelemahan yang sangat menyedihkann. Peluang sudah diberi. Maka, behantamlah di sana, kalau masih mengalami kekalahan lagi. tidak mengapa! dunia belum kiamat.oh!!!!tapi tolonglah...janganlah menilai diri anda seperti orang tua yang berumur 70 tahun kalau anda masih punya badan yang sasa..

17 April 2009

Kalau bukan rezeki..

Dalam minggu ini banyak perkara terjadi pada family saya. pertama, menerima panggilan disubuh hari (panggilan disubuh hari ini bagi kebanyakkan orang memang agak menakutkan.hoho.) dan telahan saya betul..adik ipar dimasukkan ke hospital Kuala Penyu dan awal pagi itu juga kami bergegas balik ke Kuala Penyu. Alhamdulillah..sekarang ini keadaannya semakin baik.

Keduanya bila isteri saya mengalami keguguran (kalau tidak, saya sudah mempunyai 4 orang anak..hoho) . Benda semacam ini memang sukar untuk kita jangkakan. Bila pergi ke Damai Specialist Centre, dan scan dibuat, memang sudah tiada apa yang boleh dilihat. cuma isteri tidak perlu melalui proses 'CUCI' . Hanya dibagi ubat dan mendapat rehat 3 hari. dan petang itu saya menjadi suami seperti saya 7 tahun lepas..mengurus tembuni dan pergi ke kedai tabib cina beli ubat "pacah darah"(ikut slang berunai). Anak anak juga yang merasa sedih bila tahu ibunya keguguran. Bukan apa, masing masing sudah memberi nama pada bakal adik mereka. yalah..terima aja ..dah bukan rezeki kan..

07 April 2009

Pilihanraya dan wrestlemania

Awal bulan April ini tentunya ramai ternanti nanti dua event yang besar. satu, untuk peminat gusti tentunya wrestlemania 25 dan keduanya pilihanraya untuk 3 kawasan. Kedua duanya saya nantikan keputusannya. Untuk wrestlemania, saya sanggup bercuti untuk menonton siaran langsung. Yalah setahun sekali menonton salah satu sukan kegemaran saya ini..hoho.

Dan kelmarin 6/4 semua perlawanan dan keputusan sudah diketahui. Juga untuk wrestler kegemaran saya undertaker masih boleh berbangga dengan rekod kemenangannya 17-0 mengalahkan mr.wrestlemania shawn micheal.

Dan hari ini pula 7/4, pilihanraya akan diadakan. keputusannya pastinya pada malam hari. Apa persamaan antara kedua dua event ini? tentunya debaran menantikan keputusannya, dan untuk pertandingan 15 penjuru semacam perlawanan royal rumble.(semua penggusti ditempatkan di satu gelanggang di sanalah behantam (nya orang berunai) hingga dapat 1 pemenang. tapi debaran pasti menarik jika 1 lawan 1. emmm tunggu sajalah malam ini yang pasti mesti ada pemenang bukan pengalah..hoho

24 March 2009

Bahana banjir

Musim cuti sekolah yang baru lepas pasti menjadi salah satu musim cuti diingati terutama bagi penduduk sebelah Beaufort dan Tenom. Bukan kerana mereka boleh bercuti beramai ramai dan membawa ketua kampung masing masing ke zoom Malaysia (hoho), tetapi diingati kerana terpaksa mengharung banjir yang rasanya boleh dikatakan agak teruk. Saya juga dapat merasai kegusaran dan keseraman sewaktu melalui jalan yang mula dipenuhi air sewaktu balik ke Kuala Penyu. Petanda awal air semakin naik, banyak kereta yang terpaksa di letak di tepi jalan dan suasana malam ditambah dengan hujan yang lebat menyukarkan saya mengagak kedalaman air.AHH! hantam ajala labu...
Perkhidmatan feri di Kuala Penyu juga jadi famous gara gara jalan di Beaufort ditutup kerana banjir. Orang dari Labuan, dan sebahagian dari Beaufort terpaksa menggunakan feri untuk ke KK. akibatnya jalan jadi sesak dan panjang untuk menungggu feri sampai. Saya yang ingin balik ke Pimping juga kandas pada hujung minggu itu, kerana melihat barisan kereta yang beratur .Akhirnya saya hanya balik pada keesokan harinya itu pun terpaksa bertolak awal pada jam 7 pagi dan dapat menyeberang pada pukul 9.30 pagi...fuhh azabnyaaa...tapi rasanya orang yang terpaksa bermalam kerana menunggu feri beroperasi esoknya lebih parah..hohoh menunggu jambatan siap rasanya hanya boleh ditunaikan bila PRU13 bakal diadakan...hohohoh

01 March 2009

Cobaan..

Minggu sakit!..Begitulah istilah yang saya berikan setelah saya, isteri,anak lelaki dan anak bongsu saya bersilih ganti demam, batuk dan selesma. Alhamdulillah sekarang ini keadaan makin pulih, cuma anak bongsu (Nurin) masih ada batuk manjanya. Bila mendapat cuti rehat ini, banyaklah juga masa untuk kerja beristirehat terutamanya aktiviti baring baring dan tidur tidur hoho!

Tengah melayan rasa malas hujung minggu pula, anak sulung saya, Bisyarah pula mendapat hadiah berupa cakaran tahap dewa ke 19 dari seekor kucing jalanan yang sering datang kerumah untuk mendapat subsidi makanan.oh!! Yang lebih tragis dan sadisnya, cakaran itu kena pada pipinya.Ahhh!! muka cantik dah menjadi seperti seorang wrestler yang lepas bertarung dalam pertarungan ala ala' last man standing'.

Pulak dah hujung minggu banyak klinik tutup.iktihar terakhir terus ke wad kecemasan Hospital Likas. Alhamdulillah..masa untuk menunggu tidak lama dan rawatan yang diberikan amat saya hargai dan senangi. siapa cakap hospital kerajaan lambat bertindak!!! Rawatan dan tempoh menunggu rasanya boleh dikelasifikasi sebagai KLASSSS MENJAHITTTTT !!!!!.

22 February 2009

Menambah aset dunia

Salah satu azam untuk tahun 2009 ialah memiliki sebuah lagi rumah. Biarpun sekarang ini sudah mempunyai sebuah rumah yang selesa dan agak besar juga (hohoh) hasrat untuk mendapatkan rumah kedua (bukan isteri kedua) sudah ada dalam fikiran. Perancangan saya, biarlah rumah yang dibeli sekitar Kota Kinabalu ini diduduki oleh anak anak , saya dan isteri rasanya lebih senang untuk tinggal di kampung( hohoh perancangan jangka panjang..dan bolehlah honeymoon kali ke 120 tanpa gangguan anak anak.

Minggu lepas, seorang rakan berhasrat menjual rumahnya di Taman Pasir Putih berdekatan dengan Bangunan Kementerian Belia dan Sukan. Apartment 3 bilik dan 2 bilik air ini sudah didiaminya sejak 5 tahun lepas. Saya juga sempat dibawa oleh rakan itu kerumahnya untuk sesi site inspection..dan rasanya saya berpuas hati jika rumah tersebut bakal milik saya memandangkan keadaan rumah yang selesa juga perabot built in ada disetiap bilik dan juga dapur. OH! aircon juga rasanya ada dipasang hampir pada setiap bilik..Lokasi yang berhampiran dengan deretan kedai dan juga sistem keselamatan juga membuat saya tanpa berfikir panjang untuk membeli rumah tersebut.


Dan mula minggu ini saya sudah memulakan langkah untuk kerja kerja memohon pinjaman dengan harapan supaya rumah tersebut dapat saya miliki . Harap harap tuan rumah tidak berubah fikiran dari segi harga rumah dan juga siapa bakal pembelinya. Membeli dalam keadaan sekarang memang menguntungkan untuk siapa yang berkira kira menjadikannya perlaburan di masa hadapan.Mungkin buat masa sekarang rumah itu bakal disewakan memandangkan anak yang masih kecil. oh! rumah belum dapat sudah panjang angannya..














Ruang tamu yang dibahagi dengan panel berkaca..wah klassss menjahitt





























Bilik tidur utama.

























































































































































































































































09 February 2009

Kesian Mas...

Artikel ini langsung tiada kaitan dengan Sistem Penerbangan Mas(MAS), mahupun produk AyamMas yang sedang anda kunyah sekarang ini (hohoho). Hujung minggu ni saya berpeluang menonton salah satu rancangan yang sebenarnya langsung tidak mendidik minda khususnya untuk lelaki seperti saya yang diiktiraf "kecil ceria besar berjaya..oh!.

Seronok juga menonton rancangan hiburan ini setelah hampir seminggu saya dihidangkan dengan drama penculikan, pelantikan, aksi berdemo dan berbaring di hadapan kereta mewah ( oh! aksi ini perlu diulang berkali kali..pelakon stunt pun taubat takkan buat aksi ini). Ceritanya mengenai penyanyi Mas (penyanyi ke?) yang ditangkap gara gara membuat kacau di balai polis dan yang mahalnya berita itu dia juga ditahan di hospital dipercayai akibat tekanan jiwa.

Sambil saya menonton rancangan itu sempat jugalah saya berpikir apa produk yang dihasilkan oleh Mas ni? rasanya album pun tidak pernah dikeluarkan. Malah cerita di akhbar pun hampir tiada untuk Mas. last sekali saya melihatnya untuk rancangan kelolaan Azwan (oh!!! teringat dia membawa beg wanita di red carpettt...seramnyaaa..)

Saya memahami bagaiman kehidupan di bandar besar seperti KL. Jika tiada pendapatan, untuk hidup dibandar itu agar mustahil. Saya agak Mas juga mengalami masalah ini. Penyelesaian..balik saja ke Tawau.. hohoh rasanya masih banyak peluang dan kehidupan yang lebih aman di sini. keropok Amplang dan belinjo pun masih murah dijual di sini (apa kaitan keropok Amplang dengan Mas ni ..).lagipun apa gunanya hidup dibandar besar jika cerita negatif begini yang dipaparkan..nya org Berunai..mambari malu dangsanak di Tawau ja...

05 February 2009

Katak oh katak


Musim hujan sekarang ini, mengingatkan saya pada bunyi bunyian yang biasa kedengaran bila hujan semakin reda. Semenjak tinggal di bandar ini (oh! ) bunyi yang sering saya dengar ini makin berkurangan. Yalah..mungkin spesis katak ini sudah hampir pupus dibandar ataupun mungkin berhijrah ke tempat lain contohnya ke Perak (hohoho..mengapa nama ini yang disebut).



Akhirnya saya mula merindui bunyi bunyian itu ..bila hujan makin reda bunyi itu tidak kedengaran lagi malah diganti dengan bunyi deruan kereta (tunggu hujan reda baru gerak..hoho) atau mungkin kedengaran keluhan jiran sebelah tentang baju yang disidai belum kering kering. OK!! Mungkin saya terpaksa pasrah di Sabah ini sudah hampir hampir tidak kedengaran bunyi "onikk" oink" itu lagi. Tapi timbul kerisauan..kalau spesis ini kembali memandangkan musim hujan sudah kembali.OH! Janganlah ia kembali..hanya menganggu lena tidurku di pagi hari sewaktu hujan semakin reda..




Comelnya katak ni..kenyang makan apa agaknya ?



Bahana sakit mata..pas ambik MC terus ilang..hohoho kes takmo berjangkit..

04 February 2009

Naik ..jangan tak naik

Mungkin membaca dan menonton berita pada minggu ini agak memualkan( lebih lebih lagi berita...asyik 3 buah negeri sahaja yang famous sekarang ini..ohhh!berita tentang negeriku hampir hampir ditiadakannn..).Membaca mengenai ayat "mungkin dinaikkan" juga menyebabkan dada ini semakin sesak memikirkann apa lagi selepas ini yang akan dinaikkan.

Ura ura harga gula akan dinaikkan, tambang pengangkutan awam dinaikkan boleh menyebabkan orang semakin naik darah.Belum pun reda isu harga barangan yang masih membelit sebahagian pengguna, maka nantikan lagi kenaikan yang akan berlaku.Tetapi seperti biasa ayat famous yang sering digunakan " kenaikan harga barang tidak akan membebankan pengguna" oh!!!!mengapa ayat ini yang digunakannn...

Untuk golongan miskin dibandar ..mungkin anda terpaksa mengatur semula perbelanjaan anda,dan lebih perit lagi yang mempunyai anak ramai, ini berita sedih untuk anda. Tiada apa yang boleh diharapkan selain mencongkak perbelanjaan harian. OH!!!!

22 January 2009

Cerita cerita yang dilupakan

Melihat telatah anak anak sewaktu menonton tv sering mengingatkan saya kepada telatah saya dan adik beradik sewaktu menonton tv. Bukan hanya kerana sering berebut siapa yang harus duduk di depan malah pastinya tertunggu tunggu rancangan yang diminati (padahal waktu itu hanya ada TV1 dan TV2 saja). Bukan seperti sekarang dimana kita punya banyak pilihan (nak channel kartun hanya perlu tekan 611,612 ohhhhh!!!!).

Siapa yang boleh lupa dengan rancangan CUMI DAN CIKI..hoho teringat abang Bozo membuat sesuatu hasil kerja untuk kanak kanak . Rancangan berbentuk famili, seperti Family Ceria Bersama Singerr.teringat bila arwah Sudirman membuat rancangan itu di Sabah. bila salah seorang peserta di slot teka benda bertanya "adakah ia barbulu(ikut loghat sabah) dan dibalas oleh Sudirman "adakah anda berbulu....hohohoh

Dan jika drama diambil kira..tentunya drama seperti Seorang Tua Di kaki Gunung. Sri Mersing(penjahatnya memang famous..si bentayan), Awan Mendung Di kundasang (terkenal dengan ucapan 'mulau ko jamessss), Seiring Jalan (fuhhh cerita 3 sekawan menaiki basikal dan lagu tema memang besstt) dan tentunya drama minggu ini yang banyak menampilkan drama drama yang bermutu.

Untuk rancangan hiburan pula siapa yang boleh melupakan slot mekar sejambak..ohhh teringat pula penyanyi Azie yang comel tu..(kecil kecil sudah pandai perassan).Saya juga merindui rancangan rancangan seperti pesta pantun dan juga persidangan parlimen olok olok yang membarisi kanak kanak. Biasanya rancangan ini sering ke udara sempena sambutan kemerdekaan negara.

Pastinya slot rancangan tv ini menimbulkan nostalgia kepada sesiapa yang membesar dengannya. Dan jika ada usaha menyiarkannya kembali pasti saya salah seorang yang akan menontonnya. Jangan saja rancangan sarkis disiarkan lagi pada hari pertama Hari raya seperti mana yang sering dibuat sewaktu saya kecil dahulu...hoho



21 January 2009

Bagaimana mengurus kehidupan setelah kehilangan pembantu rumah

FUHHH..tajuknya saja sudah membayangkan seperti diri ini seorang motivator..cuma sayang motivator untuk kes kes kehilangan pembantu rumah. Kehilangan pembantu rumah sama ada secara ghaib(kes balik kampung dan tak balik balik langsung) ataupun secara sedar (menghilangkan diri setelah seminggu berkerja dan membawa sedikit ole ole berupa harta benda) mungkin memeningkan kita. Saya mengalami pengalaman separa ngeri ini hampir 2 kali. Itu pun dengan pembantu rumah yang dijamin.Belum dikira pembantu rumah yang tidak dijamin ataupun hampir hampir mau dijamin.

Setelah puas mengalami kes seperti ini, saya nekad( bukan naked hohoh) untuk tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi. Alasan saya mudah..saya tidak mahu memikirkan lagi peel dan bahana yang akan dibawa oleh bakal pembantu rumah nanti. Mungkin hari pertama selepas kehilangan pembantu rumah memeningkan anda tapi lama kelamaaan anda pasti terbiasa dengan keadaan ini. Untuk itu saya turunkan tips bagaimana menangani isu ini(hanya sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah ..yang punya anak kecil..lu pikirla sendiri)

  • Pengurusan rumah di buat bersama. ertinya saya juga terlibat dalam mengemas rumah dan mengurus anak anak. hohoh nasib baiklah saya sudah biasa membuat kerja kerja sebegini.so.. untuk menjemur kain, mencuci piring dan menyapu rasanya tidaklah berat untuk saya lakukan.Kalau isteri membasuh dan membilas kain saya pula akan menjemur kain pada sebelah malamnya. Adil kan!! Untuk suami suami yang agak penyabar( sabar tengok tv la..hehe) kesianlah sedikit dekat isteri tu..takut prestasi pada sebelah malamnya merundum macam pasaran saham.
  • Anak anak pula selepas balik dari sekolah sesi pagi , akan pergi ke sekolah agama pada sesi petang. Persediaaan tentulah saya yang kena lakukan memandangkan isteri seorang cikgu. Selain dapat ilmu akhirat untuk anak anak (dan tentunya mengharap anak anak dapat membaca talkin untuk ibu bapanya kelak ohhh!!!), ini juga menghindar dari masa anak terbuang begitu saja..
  • Masa minum minum dengan kengkawan pada sebelah malam dihadkan. Biasanya aktiviti ini hanya dapat dilakukan pada malam hujung minggu, yalah aktiviti minum minum ini bukan mengambil masa 10 minit memandangkan semua yang minum(minum teh tarik ahhh) itu tokoh tokoh politik tidak berdaftar ..hohoho
  • Libatkan anak anak dalam menguruskan rumah. Jangan manjakan anak anak dengan situasi seperti ada pembantu rumah.Hasilnya mereka akan hanya pandai mengarah...dan anda akan kelihatan seperti pembantu rumah. ohh! sadisnya..
  • Memastikan sesi bermain anak anak tidak dibawa hingga ke ruang tamu. Ertinya anak anak hanya akan bermain di bilik tidur mereka. kalau pun barang barang berselerakkan tidaklah menampakkan yang rumah anda kelihatan berserabut. yalah tetamu akan duduk diruang tamu bukannya di ruang tidur anak anda.

fuhh.. tips ini hanya berguna untuk pasangan yang meratapi kehilangan pembantu rumah sahaja yeee..untuk yang ada pembantu rumah..janganlah bersusah payah lakukan ini semua. Apa guna gaji yang diberikan tiap tiap hujung bulan kepada pembantu rumah kan...sudahlah diberikan makan minum free ..siap channel astro 121 lagi disediakan..ohhhhh!!!!

13 January 2009

Bisnes main main

Nak tergelak besar saya bila mengikuti perkembangan anak anak sepanjang persekolahan ini. Bukan kerana cerita mengenai kerja rumah mereka yang berlambak dan cerita alam fantasi mereka (anak lelaki lebih kepada cerita ben ten, ultraman..biasalah tuu...saya juga dulu lebih kepada gaban dan juga tundercats...hohoh)

Ini lebih kepada minda bisnes mereka...tak tahu dari mana mereka mendapat idea untuk menjual produk di sekolah. Syarah menjual stiker..bagaimana dia membuatnya? seperti biasa..potong kertas warna kecil kecil ..tulis nama kawan kawan dan warnakannya jual dalam seposennn (emmm sumpah saya tak ajar benda benda ini semua) anak lelaki saya lebih kreatif...beli sekotak pensel..asah dan jual kepada kawan kawan ( ini juga saya tidak ajar).


Dan biasanya selepas balik dari sekolah agama mereka akan berkumpul untuk membahagi harta masing masing..hohohho...saya juga tergelak besar bila membaca nota yang ditulis oleh anak saya.terutama bila membaca hobinya.'bisnes'.oh!!!!!kecil kecil sudah tahu ilmu perniagaan. Saya tidak mampu melarang mereka mungkin ini kerana minat dan juga salah satu permainan mereka. Yalah biasa budak budak.. benda semacam ini jadi tarikan apatah lagi bila apa yang mereka buat mendatangkan hasil.


Kesannya... tabungan mereka makin bertambah..dan kuasa membeli mereka dihujung minggu makin besar..yala masing masing sudah membawa dompet...oh !lumrah bila anak berduit lebihhh....

12 January 2009

Apabila perang menjadi tontonan..


Lama saya terkedu bila menonton berita utama semalam. Bukan kerana publisiti mengenai prk di Kuala Terengganu yang semakin panas tetapi satu liputan yang rasanya bila kita melihat boleh meruntun hati dan menimbulkan kebencian terlampau kepada satu bangsa iaitu yahudi.

Kisahnya mengenai bagaimana satu pasukan konvoi bermotor kaum yahudi menyaksikan tenteranya menggempur bumi palestin. Sambil bersorak riang dan gembira takala melihat kepulan asap membantai dan meranapkan bumi palestin, seolah olah seperti melihat satu perlawanan bola ataupun wrestling gamaknya. Perasaan geram memuncak bila melihat reaksi gembira dimuka mereka. Terbayang bagaimana di satu pihak lagi, imej wajah anak yang penuh kesan darah dan ketakutan, wajah wajah terancam dan penuh kesengsaraan.


Inilah satu bangsa yang sebelum ini hampir lenyap sewaktu nazi memerintah. dan juga bangsa yang licik dan penuh muslihat. Hampir sepanjang malam itu, saya menerima sms dari rakan rakan yang mendoakan keselamatan kepada saudara saudara kita di Palestin. Semoga ada kekuatan kepada mereka untuk menempuh saat saat sukar sekarang.

05 January 2009

Cahaya suci bersih di Sri Gaya



Cahaya suci bersih sudah tiba di S.K.Sri Gaya..itulah makna nama anak bungsu saya, Nurin Nasuha. Biarpun berbadan kecil tapi kelakuan ,percakapan dan sikap melebihi kakak dan abangnya. Awal pagi sudah bersemangat untuk pergi ke sekolah dan rasanya tugas menghantarnya tidaklah sesukar mana kerana sebelum ini dia pernah menduduki prasekolah disekolah yang sama.

Ujian penempatan sebelum ini melayakkan dia di kelas projek iaitu kelas Sri Kinabalu. Alhamdulillah ..bukan senang untuk menempatkan anak ke kelas tersebut. Sempat juga ayahnya menghirup oksigen yang lebih banyak..(hohoho kes idung kembangg...bangga seehh).

Doanya semoga kesemua anak saya berjaya dalam perjalanan menempuh alam persekolahan. Bak kata satu iklan, kecil ceria besar berjaya..ohhh!!!!






















































Hari pertama persekolahan

Alhamdulillah...nampaknya hari pertama persekolahan tiada apa kesulitan yang terjadi kepada saya. Anak anak juga mengerti tugas mereka sudah bermula hari ini.

Seawal jam 5.15 pagi sudah bangun dan mengemas bilik dan seterusnya menempuh sejuknya air di waktu pagi..(syukur sejak amah "meninggalkan rumah ini lebih setahun lalu..anak anak sudah mengerti untuk lebih bertanggungjawab..dan juga syukur kerana duit tak perlu lari ke kocek pembantu rumah...hoho).

Selepas mereka solat subuh, dengan penuh semangat'YAKIN BOLEH' terus saja menyiapkan diri untuk ke sekolahh...emmmm dan saya tak perlu banyak memberi arahan kepada mereka...nanti naik gergitan (geram) saya..

Dalam saya menyediakan keperluan mereka, sempat juga saya mengimbau kenangan arwah ayah saya..terpikir juga bagaimana arwah menyediakan keperluan anak anak nya dan bertahan dengan kerenah anaknya di awal persekolahan. Yalah..10 orang adik beradik bukanlah senang untuk dikawal...

Untuk Syarah,Dedek dan Nurin..selamat menempuh alam persekolahan. Masa untuk honeymoon di musim cuti sudah berakhir..Semoga sukses sepanjang persekolahan 2009 ini. Dan untuk isteri tercinta ..yati..selamat menempuh musim persekolahan dengan pelajar baru. Semoga menjadi guru contoh 2009.Insya allah..Untuk saya...selamat bercuti..kerana mengurus persekolahan anak..hoho



01 January 2009

Hobi yang menguntungkan





Mukadimah untuk tahun baru ini rasanya biarlah saya berkongsi satu hobi yang sangat menguntungkan dan menjimatkan (ni untuk yang tinggal dibandar dan punya ruang tanah yang agak sempit ..hooho ).

Memandangkan harga barang sekarang ini nampaknya tiada tanda penurunan dan saya juga sudah malas untuk bertanya dengan penjual sayur (standard soalan pastilah..aikkk harga minyak dah turun harga sayur lum turun..nasib baiklah gadis penjual sayur itu separa cunnya ..ohhhh!!!!).

Akhirnya dengan jiwa "peladang jaya sabah 2009", saya memulakan hobi menanam sayur di pasu.
Sebenarnya saya juga menyukai hobi berkebun ini tapi memandangkan keluasan tanah di belakang rumah agak sempit dan juga keadaan tanah yang tidak mengizinkan (biasalah tanah kawasan perumahan...biasanya kurang subur dan berbatu )
Alhamdullillah...sejak berbakti dengan tanah ..rasanya hasil yang saya dan keluarga perolehi lebih bersih dan menjimatkannn...nak aja sayur sawi hanya petikk ja....hohhoho indahnyaaaaa duniaaaa













sayur sawi ditanam menggunakan kaedah paling menyenangkann..guna pasu jaaaaaa.













Lada besar yang kalau dinilai harganya di pasar boleh membuatkan kita naik minyakk..