22 January 2009
Cerita cerita yang dilupakan
21 January 2009
Bagaimana mengurus kehidupan setelah kehilangan pembantu rumah
Setelah puas mengalami kes seperti ini, saya nekad( bukan naked hohoh) untuk tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi. Alasan saya mudah..saya tidak mahu memikirkan lagi peel dan bahana yang akan dibawa oleh bakal pembantu rumah nanti. Mungkin hari pertama selepas kehilangan pembantu rumah memeningkan anda tapi lama kelamaaan anda pasti terbiasa dengan keadaan ini. Untuk itu saya turunkan tips bagaimana menangani isu ini(hanya sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah ..yang punya anak kecil..lu pikirla sendiri)
- Pengurusan rumah di buat bersama. ertinya saya juga terlibat dalam mengemas rumah dan mengurus anak anak. hohoh nasib baiklah saya sudah biasa membuat kerja kerja sebegini.so.. untuk menjemur kain, mencuci piring dan menyapu rasanya tidaklah berat untuk saya lakukan.Kalau isteri membasuh dan membilas kain saya pula akan menjemur kain pada sebelah malamnya. Adil kan!! Untuk suami suami yang agak penyabar( sabar tengok tv la..hehe) kesianlah sedikit dekat isteri tu..takut prestasi pada sebelah malamnya merundum macam pasaran saham.
- Anak anak pula selepas balik dari sekolah sesi pagi , akan pergi ke sekolah agama pada sesi petang. Persediaaan tentulah saya yang kena lakukan memandangkan isteri seorang cikgu. Selain dapat ilmu akhirat untuk anak anak (dan tentunya mengharap anak anak dapat membaca talkin untuk ibu bapanya kelak ohhh!!!), ini juga menghindar dari masa anak terbuang begitu saja..
- Masa minum minum dengan kengkawan pada sebelah malam dihadkan. Biasanya aktiviti ini hanya dapat dilakukan pada malam hujung minggu, yalah aktiviti minum minum ini bukan mengambil masa 10 minit memandangkan semua yang minum(minum teh tarik ahhh) itu tokoh tokoh politik tidak berdaftar ..hohoho
- Libatkan anak anak dalam menguruskan rumah. Jangan manjakan anak anak dengan situasi seperti ada pembantu rumah.Hasilnya mereka akan hanya pandai mengarah...dan anda akan kelihatan seperti pembantu rumah. ohh! sadisnya..
- Memastikan sesi bermain anak anak tidak dibawa hingga ke ruang tamu. Ertinya anak anak hanya akan bermain di bilik tidur mereka. kalau pun barang barang berselerakkan tidaklah menampakkan yang rumah anda kelihatan berserabut. yalah tetamu akan duduk diruang tamu bukannya di ruang tidur anak anda.
fuhh.. tips ini hanya berguna untuk pasangan yang meratapi kehilangan pembantu rumah sahaja yeee..untuk yang ada pembantu rumah..janganlah bersusah payah lakukan ini semua. Apa guna gaji yang diberikan tiap tiap hujung bulan kepada pembantu rumah kan...sudahlah diberikan makan minum free ..siap channel astro 121 lagi disediakan..ohhhhh!!!!
13 January 2009
Bisnes main main
Ini lebih kepada minda bisnes mereka...tak tahu dari mana mereka mendapat idea untuk menjual produk di sekolah. Syarah menjual stiker..bagaimana dia membuatnya? seperti biasa..potong kertas warna kecil kecil ..tulis nama kawan kawan dan warnakannya jual dalam seposennn (emmm sumpah saya tak ajar benda benda ini semua) anak lelaki saya lebih kreatif...beli sekotak pensel..asah dan jual kepada kawan kawan ( ini juga saya tidak ajar).
Dan biasanya selepas balik dari sekolah agama mereka akan berkumpul untuk membahagi harta masing masing..hohohho...saya juga tergelak besar bila membaca nota yang ditulis oleh anak saya.terutama bila membaca hobinya.'bisnes'.oh!!!!!kecil kecil sudah tahu ilmu perniagaan. Saya tidak mampu melarang mereka mungkin ini kerana minat dan juga salah satu permainan mereka. Yalah biasa budak budak.. benda semacam ini jadi tarikan apatah lagi bila apa yang mereka buat mendatangkan hasil.
Kesannya... tabungan mereka makin bertambah..dan kuasa membeli mereka dihujung minggu makin besar..yala masing masing sudah membawa dompet...oh !lumrah bila anak berduit lebihhh....
12 January 2009
Apabila perang menjadi tontonan..

Lama saya terkedu bila menonton berita utama semalam. Bukan kerana publisiti mengenai prk di Kuala Terengganu yang semakin panas tetapi satu liputan yang rasanya bila kita melihat boleh meruntun hati dan menimbulkan kebencian terlampau kepada satu bangsa iaitu yahudi.
Inilah satu bangsa yang sebelum ini hampir lenyap sewaktu nazi memerintah. dan juga bangsa yang licik dan penuh muslihat. Hampir sepanjang malam itu, saya menerima sms dari rakan rakan yang mendoakan keselamatan kepada saudara saudara kita di Palestin. Semoga ada kekuatan kepada mereka untuk menempuh saat saat sukar sekarang.
05 January 2009
Cahaya suci bersih di Sri Gaya
Hari pertama persekolahan
Seawal jam 5.15 pagi sudah bangun dan mengemas bilik dan seterusnya menempuh sejuknya air di waktu pagi..(syukur sejak amah "meninggalkan rumah ini lebih setahun lalu..anak anak sudah mengerti untuk lebih bertanggungjawab..dan juga syukur kerana duit tak perlu lari ke kocek pembantu rumah...hoho).
Selepas mereka solat subuh, dengan penuh semangat'YAKIN BOLEH' terus saja menyiapkan diri untuk ke sekolahh...emmmm dan saya tak perlu banyak memberi arahan kepada mereka...nanti naik gergitan (geram) saya..
Dalam saya menyediakan keperluan mereka, sempat juga saya mengimbau kenangan arwah ayah saya..terpikir juga bagaimana arwah menyediakan keperluan anak anak nya dan bertahan dengan kerenah anaknya di awal persekolahan. Yalah..10 orang adik beradik bukanlah senang untuk dikawal...
Untuk Syarah,Dedek dan Nurin..selamat menempuh alam persekolahan. Masa untuk honeymoon di musim cuti sudah berakhir..Semoga sukses sepanjang persekolahan 2009 ini. Dan untuk isteri tercinta ..yati..selamat menempuh musim persekolahan dengan pelajar baru. Semoga menjadi guru contoh 2009.Insya allah..Untuk saya...selamat bercuti..kerana mengurus persekolahan anak..hoho
01 January 2009
Hobi yang menguntungkan
sayur sawi ditanam menggunakan kaedah paling menyenangkann..guna pasu jaaaaaa.
Lada besar yang kalau dinilai harganya di pasar boleh membuatkan kita naik minyakk..