21 January 2009

Bagaimana mengurus kehidupan setelah kehilangan pembantu rumah

FUHHH..tajuknya saja sudah membayangkan seperti diri ini seorang motivator..cuma sayang motivator untuk kes kes kehilangan pembantu rumah. Kehilangan pembantu rumah sama ada secara ghaib(kes balik kampung dan tak balik balik langsung) ataupun secara sedar (menghilangkan diri setelah seminggu berkerja dan membawa sedikit ole ole berupa harta benda) mungkin memeningkan kita. Saya mengalami pengalaman separa ngeri ini hampir 2 kali. Itu pun dengan pembantu rumah yang dijamin.Belum dikira pembantu rumah yang tidak dijamin ataupun hampir hampir mau dijamin.

Setelah puas mengalami kes seperti ini, saya nekad( bukan naked hohoh) untuk tidak mahu mengambil pembantu rumah lagi. Alasan saya mudah..saya tidak mahu memikirkan lagi peel dan bahana yang akan dibawa oleh bakal pembantu rumah nanti. Mungkin hari pertama selepas kehilangan pembantu rumah memeningkan anda tapi lama kelamaaan anda pasti terbiasa dengan keadaan ini. Untuk itu saya turunkan tips bagaimana menangani isu ini(hanya sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah ..yang punya anak kecil..lu pikirla sendiri)

  • Pengurusan rumah di buat bersama. ertinya saya juga terlibat dalam mengemas rumah dan mengurus anak anak. hohoh nasib baiklah saya sudah biasa membuat kerja kerja sebegini.so.. untuk menjemur kain, mencuci piring dan menyapu rasanya tidaklah berat untuk saya lakukan.Kalau isteri membasuh dan membilas kain saya pula akan menjemur kain pada sebelah malamnya. Adil kan!! Untuk suami suami yang agak penyabar( sabar tengok tv la..hehe) kesianlah sedikit dekat isteri tu..takut prestasi pada sebelah malamnya merundum macam pasaran saham.
  • Anak anak pula selepas balik dari sekolah sesi pagi , akan pergi ke sekolah agama pada sesi petang. Persediaaan tentulah saya yang kena lakukan memandangkan isteri seorang cikgu. Selain dapat ilmu akhirat untuk anak anak (dan tentunya mengharap anak anak dapat membaca talkin untuk ibu bapanya kelak ohhh!!!), ini juga menghindar dari masa anak terbuang begitu saja..
  • Masa minum minum dengan kengkawan pada sebelah malam dihadkan. Biasanya aktiviti ini hanya dapat dilakukan pada malam hujung minggu, yalah aktiviti minum minum ini bukan mengambil masa 10 minit memandangkan semua yang minum(minum teh tarik ahhh) itu tokoh tokoh politik tidak berdaftar ..hohoho
  • Libatkan anak anak dalam menguruskan rumah. Jangan manjakan anak anak dengan situasi seperti ada pembantu rumah.Hasilnya mereka akan hanya pandai mengarah...dan anda akan kelihatan seperti pembantu rumah. ohh! sadisnya..
  • Memastikan sesi bermain anak anak tidak dibawa hingga ke ruang tamu. Ertinya anak anak hanya akan bermain di bilik tidur mereka. kalau pun barang barang berselerakkan tidaklah menampakkan yang rumah anda kelihatan berserabut. yalah tetamu akan duduk diruang tamu bukannya di ruang tidur anak anda.

fuhh.. tips ini hanya berguna untuk pasangan yang meratapi kehilangan pembantu rumah sahaja yeee..untuk yang ada pembantu rumah..janganlah bersusah payah lakukan ini semua. Apa guna gaji yang diberikan tiap tiap hujung bulan kepada pembantu rumah kan...sudahlah diberikan makan minum free ..siap channel astro 121 lagi disediakan..ohhhhh!!!!

No comments: