25 May 2009

Musim kawin dah tiba.

Bulan Mei satu satunya bulan yang penuh dengan cuti dan perayaan. Hari Ibu, hari Guru, Pesta Kaamatan, birthday anak dan isteri(hohoho) dan yang pasti musim kenduri kawin.


Hujung minggu lepas saja, sudah menghadiri 2 majlis kenduri kahwin. Untuk minggu minggu berikutnya pasti banyak majlis kenduri kahwin dibuat memandangkan musim cuti persekolahan baru bermula. Yang best mengenai kenduri kahwin pastinya dapat berjumpa dengan kawan kawan lama sambil layan zapin ,kerepek pisang dan kopi panas...fuh! sewaktu bujang hensem dulu, teruja juga bila melihat anak anak gadis berjalan melintasi kita. Sekarang ini mungkin agak kurang sikit(hoho) memandangkan anak ada disebelah kita menjadi mata mata untuk ibunya.

Dalam enak menjamu selera dan mendapat Campur(ole2 seperti telur dan gula gula) jangan lupa mengunjuk(menghulur) tuan rumah.makan bukan free ah!!! selamat menempuh musim kenduri kahwin ahakss!














15 May 2009

Mengingati guru


Jasamu dikenang..itulah ungkapan yang sesuai untuk semua guru guru di seluruh Malaysia. Sambutan hari guru dirai pada 16 Mei setiap tahun. Kebetulan isteri juga seorang guru.

Cabaran guru sekarang rasanya lebih rumit dan perit. Selain mengajar, mereka perlu berhadapan dengan banyak masalah yang ditimbulkan oleh setiap pelajar. Setiap kali isteri mengadu tentang masalah disiplin, membuat saya berfikir, semakin zaman berubah semakin banyak masalah baru yang datang menimpa guru sekolah. Bayangkan..dahulu mana ada penggunaan telefon bimbit disekolah. Sekarang, jika ingin bertanyakan jawapan dengan rakan sebelah pun boleh melalui sms. Yang penting perlu berani!

Saya juga mengakui zaman dahulu pelajar lebih menghormati guru berbanding sekarang. Apa yang menyebabkan pelajar sekarang kurang menghormati guru, saya kurang pasti. Tetapi nilai hormat seorang pelajar kepada guru jugalah yang banyak membantu dalam memastikan pencapaian cemerlang setiap pelajar.

Untuk guru, selamat menyambut Hari Guru terutama untuk guru guru SMK Membakut tahun 1988-1992.








13 May 2009

Wei.. sudahlah sudahlah

Apa kes ni? kerajaan boleh bertukar tangan tak sampai 1 hari. Pop corn sudah habis tapi drama makin berbelit belit. WEI!!!! ini bukan pemilihan ketua darjah untuk kelas 5 anggur ataupun untuk memilih ketua kampung yang baru. Ini untuk menentukan siapa menteri besar yang sah dan halal.

Sebagai seorang yang tidak memihak kepada mana mana pihak, saya berasa sedih dengan apa yang berlaku. Ingatkan penyelesian sudah dicapai dan bolehlah pop corn dihabiskan memandangkan drama yang makin menuju penamat. Waduh!!!! babak baru dilakar perlu tempah pop corn lagi..

Sampai bila drama rayu merayu ini habis, saya kurang pasti. Benda yang berbelit belit ini perlukan satu kuasa untuk menyelesaikannya. Berilah kuasa penamat ini kepada rakyat. Biar rakyat yang tentukan. Rasanya drama ini sudah terlalu lama. Menjelang PRU13 pasti isu ini tetap akan disentuh. Nah!!! selesaikan dengan cepat agar rakyat boleh duduk dengan aman dan boleh mengenal siapa nama menteri besar mereka..hohoh

11 May 2009

Moral atau wangnya?

Ketawa besar saya bila membaca satu artikel mengenai kejayaan besar satu filem yang mengangkat isu lapuk dan gejala rempit yang makin berleluasa ini. Pungutan untuk filem itu sudah berjuta juta lemon tapi dari segi pengisian, minta maaf! hampeh!!

Sebelum filem ini ditayangkan, banyak jugalah komen dari pengarah sendiri mengenai moral cerita ini. Yalah, kalau dari segi moral, beratus ratus moral atau pengajaran yang boleh direka. Akhirnya kutipan juga jadi matlamatnya. Moral dari cerita jadi senyap.

Saya pun belum sempat menonton cerita ini.Tunggu sajalah di astro untuk siarannya pada hari raya nanti (hoho). Yang pasti pengisiannya tentulah aksi willy/rempit/ awek pakai baju seksi/gaduh gaduh mengisi 90% slot dan 10% untuk aksi insaffff...biasalah filem melayu..yang pentingg duit masyuk..

Selamat Hari Ibu


Saya tahu pasti mama(panggilan untuk ibu dirumah) tidak membaca blog ini. Pasti sewaktu blog ini ditulis, dia sedang duduk di depan rumah atau memerhatikan suasana rumah yang makin sunyi. Rumah yang mempunyai 10 bilik ini hanya meriah bila tiba hujung minggu. dan saya faham perasaannya bila anak dan cucu datang melawatnya setiap hujung minggu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari Ibu istimewa untuk Hajah Dayang Jamaliah Ag.Hassim . Tiada hadiah semewah yang boleh saya berikan cuma saya berjanji akan selalu melawatnya dan memastikan rumah peninggalan arwah bapa (Haji Ag.Damit Haji Jaafar) akan sentiasa riuh dan gembira sama seperti sewaktu dia menjaga kami 10 adik beradik dahulu.


04 May 2009

Selamat hari lahir

Selamat hari lahir (bukan hari jadi..banyak bezanya tu hohoh)untuk anak kedua saya, Razin Naif. Satu satu nya anak lelaki saya ini. Permintaannya untuk hari lahir kali ini amat menggusarkan saya (hoho) kalau bukan PSP harusnya PS2.


Memandangkan keputusan ujian bulanannya masih belum dapat memuaskan hati saya (alasan). Saya menangguhkan dulu hasratnya itu. Lagipun dia masih boleh bermain game kesukaannya di internet. Budak sekarang terlebih advan. Lagipun dengan cara ini saya masih boleh mengawasinya dari lupa tanggungjawabnya sebagai pelajar..Ala.. saya dulu dulu pun tiada game masih boleh ketawa lagi.ketawa sambil main game Atari (pinjam jiran yang agak loaded). Tapi hadiah tetap saya berikan kepadanya( juga masih dalam 'wishlist' nya). Alhamdulillah.. dia masih tetap gembira dengan hadiah yang diberikan.Harapan saya..moga dia menjadi anak yang taat dan baik tingkah lakunya (seiring dengan makna namanya) insya allah.

Tahniah juga untuk adik saya, kerana berjaya menambah ahli keluarganya (hoho). Tragisnya sewaktu kelahiran anak, dia berada di Ipoh menyambung pelajarannya. Sabar..ada rezeki bertemu juga nanti.


posing bersama hadiah yang dijanjikan.Habis satu badan jadi sasaran peluru sesat.
















Biarpun majlis simple tapi tetap kenyang.makan malam dengan kek la jawabnya.