15 May 2009

Mengingati guru


Jasamu dikenang..itulah ungkapan yang sesuai untuk semua guru guru di seluruh Malaysia. Sambutan hari guru dirai pada 16 Mei setiap tahun. Kebetulan isteri juga seorang guru.

Cabaran guru sekarang rasanya lebih rumit dan perit. Selain mengajar, mereka perlu berhadapan dengan banyak masalah yang ditimbulkan oleh setiap pelajar. Setiap kali isteri mengadu tentang masalah disiplin, membuat saya berfikir, semakin zaman berubah semakin banyak masalah baru yang datang menimpa guru sekolah. Bayangkan..dahulu mana ada penggunaan telefon bimbit disekolah. Sekarang, jika ingin bertanyakan jawapan dengan rakan sebelah pun boleh melalui sms. Yang penting perlu berani!

Saya juga mengakui zaman dahulu pelajar lebih menghormati guru berbanding sekarang. Apa yang menyebabkan pelajar sekarang kurang menghormati guru, saya kurang pasti. Tetapi nilai hormat seorang pelajar kepada guru jugalah yang banyak membantu dalam memastikan pencapaian cemerlang setiap pelajar.

Untuk guru, selamat menyambut Hari Guru terutama untuk guru guru SMK Membakut tahun 1988-1992.








No comments: