25 June 2009

Rumahku Syurgaku

Salah satu kesibukkan saya pada bulan Jun ini tentunya bila tiba tiba idea untuk me'makeup' rumah timbul. Memang sudah lama niat untuk membuat 'plaster ceiling' tetapi bila mengingati sewaktu kerja menambah keluasan dapur, habuk dan juga modalnya(hoho) membuat saya berfikir panjang.


Akhirnya cuti sekolah 2 minggu dimanafaatkan. Cuma saya memberi syarat kepada kontraktor supaya kerja kerja dapat disiapkan sebelum sekolah bermula. Sewaktu kerja kerja dijalankan, anak anak terpaksa tinggal di bahagian tingkat atas rumah. Syukur! hanya kawasan ruang tamu sahaja yang di'makeup' .Ruang dapur masih boleh digunakan cuma jadi agak sempit kerana sofa dan perhiasan rumah diletakkan dikawasan dapur dan bilik tetamu.


Alhamdulillah selepas seminggu sekolah, kerja kerja dapat disiapkan(sumpah! tidak akan mencari kontraktor yang sama..nasib baik kerja dapat disempurnakan). Bila melihat hasilnya hilang segala keluh kesah sewaktu kerja kerja dijalankan. Yalah siapa yang tahan bila melihat habuk putih dan rumah yang berselerak.







Sambutan Hari Lahir



Rasanya tidak terlambat untuk saya menguar uarkan sambutan hari lahir anak anak kesayangan saya (hohoho). Isteri sering bertanya mengapa tidak masukkan ke dalam post sedangkan sebelum ini hari lahir anak lelaki saya sempat pula masukkan. Bukan pilih kasih tapi masih belum berpeluang untuk mengupdate dan kekeringan idea(hehe).



Untuk Alya Bisyarah dan Nurin Nasuha..Selamat Hari Lahir dan semoga menjadi insan berguna dan menjadi kebanggaan Abah dan Ibu.



Anak sulung yang sudah mencecah umur 9 tahun.


muka control ayu bila sudah dapat hadiah









selamat hari lahir yang ke 7 tahun!

22 June 2009

Hari bapa dihargai

Untuk sesiapa lelaki yang mengaku dirinya bapa@bapa mithali saya ucapkan selamat menyambut hari bapa. Saya juga dirai kemarin. Mendapat 2 pasang baju kemeja dan 2 pasang seluar kerja pilihan isteri dan anak anak pasti membuat diri ini terasa dihargai. Mendapat pelukan dari isteri dan anak anak juga membuat terasa 1 hari itu cukup bermakna bagi saya.


Mengenangkan layanan dari anak anak membuatkan hati saya sebak bila teringat arwah ayah yang telah lama meninggalkan kami. Hari bapa ini baru buat saya, dulu dulu hari seperti ini jarang dirai.dan mungkin arwah juga jarang mendapat hadiah mahupun pelukan dari anak anaknya. tapi saya tahu, kasih sayangnya tetap tidak berkurang. Buktinya sewaktu saya belajar tanpa ada kereta sendiri dia masih sanggup untuk menghantar saya ke lapangan terbang dengan menumpang van. Juga sanggup menumpang rumah saudara jika penerbangan balik ke Semenanjung pada subuh hari.


Dia jarang menunjukkan kasih sayangnya tapi tetap menemani kami dan menyokong kami biarpun tanpa sumber kewangan yang banyak. Untuk sesiapa yang masih punyai ayah. Hargainya dia dan temanilah ia selagi dia ada .Kehilangan orang yang tersayang pastinya bukan satu pilihan yang kita gemari lebih lebih lagi bila meraikan hari seistimewa begini. Selamat hari Bapa!