05 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010.

Agak lama juga tidak meng'update' blog ini. Kesibukan harian dan juga adanya FB mengurangkan idea untuk menjenguk blog sendiri.Hihi apapun azam baru 2010 Insya Allah tetap ada isu yang boleh dikongsi bersama.


Tahun 2010 kita mulai dengan isu kenaikan gula.Seperti biasa alasan yang diberikan, kenaikan tidak membebankan rakyat (rakyat yang dimaksudkan mungkin golongan kelas atasan, para YB yang sepatutnya mendengar keluh kesah golongan bawahan).Hampir putus urat kentut bila membaca alasan yang lebih nampak "kesihatannya", kenaikan harga gula untuk membendung penyakit yang disebabkannya. HOho.lebih baik dikurangkan kandungan gula dalam minuman ringan. Rasanya itu lebih afdal.


Penggunaan Kalimah Allah juga jadi isu di awal 2010. Dengan ilmu yang amat cetek ini, saya tidak berani memberikan sebarang komen..tapi alangkah indah jika semua yang berdemostrasi ini boleh melakukannya berulang ulang kali lagi untuk isu seperti rasuah (politik wang), keruntuhan akhlak muda mudi Islam, dan juga lambakan hiburan yang semakin menular. Selagi akidah saya tetap pada yang Satu saya tidak akan risau.


Jangan sahaja selepas ini ada isu yang menggetarkan hati nya orang Berunai membari beliang ati aja. Selamat tahun baru 2010 bye bye 2009.

No comments: