01 October 2009

Siapa cakap kita selamat?

2,3 hari selepas seminggu beraya bandar Kota Kinabalu dikejutkan dengan tiupan angin bersama sama hujan lebat yang amat menggetarkan hati . Bukan hanya KK yang dilanda ribut kencang malahan pulau Labuan dan kampung isteri saya (Kuala Penyu)dilanda ribut .Dengarnya lebih 6 buah rumah di Kuala Penyu habis berbumbungkan langit selepas ribut itu melanda.


Siapa sangka ancaman ribut dan gempa bumi boleh melanda negara ini. Sebelum ini kita dikatakan antara negara yang selamat dari malapetaka gempa bumi dan ribut taufan. tapi mulai sekarang rasanya tanggapan itu terpaksa diubah.Kita seharusnya bersedia dengan fenomena seperti ini. ZON SELAMAT sudah tiada dalam kamus kehidupan kita.


Semoga semua kejadian yang berlaku menginsafkan kita.



17 September 2009

Salam Aidilfitri 1430

Sewaktu meng'update' blog ini ,rasanya feel sudah jauh ke kampung. Sudah terbayang bagaimana kecohnya menghias rumah bersama adik beradik. Ada yang sudah seharian membersihkan halaman rumah. Mungkin kerja kerja makin bertambah bila cat lama diganti baru. Tapi itu dahulu, sekarang ini masing masing ada komitmennya hinggakan hanya berjumpa di hari raya ke dua. Tapi sekurang kurangnya semua keluarga masih boleh berkumpul beramai ramai.


Raya Aidilfitri sudah terlalu dekat. Ramadhan pula akan berlalu pergi. Pastinya keberkatan dibulan Ramadhan diingati selalu. Juga usaha anak anak yang mahukan puasa sebulan bersama keluh kesah dan keperitan menahan rasa haus dan lapar pasti jadi ingatan saya pada Ramadhan kali ini. Apapun saya tetap merindukan takbir pada malam menjelang raya, bunyi letupan mercun dan bunga api, dan juga raut wajah ibu menantikan anak anaknya balik ke kampung.

Salam Aidilfitri . Maaf zahir dan batin. selamat minum sirappp!!!

10 August 2009

Jerebu di Kota Kinabalu


Agak lama tidak mengupdate blog, bukan kekeringan idea atau sudah tidak mampu untuk berkongsi apa apa yang menarik tentang kehidupan ini. Cuma agak kesibukan dalam membuat "side income" hohoh..apa side income itu, biarlah jadi rahsia..


Keadaan Kota Kinabalu sekarang berjerebu.Suasana yang amat tidak saya gemari. Yalah.. sebagai pencinta kepada matahari, sekurang kurangnya apabila menjenguk di luar rumah pada awal pagi pasti cahaya matahari yang dirindui. Sekarang ini, cahayanya pun tenggelam dek jerebu yang tebal.

Teringat pada nikmat yang tiba tiba ditarik dari kita. membuatkan kita insaf dan bersyukur atas apa yang kita nikmati sebelum ini. Siapa yang boleh mengatakan yang kita tidak boleh menikmati syurga sewaktu hidup. Sedangkan sinaran matahari yang menghangatkan badan pada awal pagi salah satu tanda kebaikan dan nikmat syurga didunia ini.





25 June 2009

Rumahku Syurgaku

Salah satu kesibukkan saya pada bulan Jun ini tentunya bila tiba tiba idea untuk me'makeup' rumah timbul. Memang sudah lama niat untuk membuat 'plaster ceiling' tetapi bila mengingati sewaktu kerja menambah keluasan dapur, habuk dan juga modalnya(hoho) membuat saya berfikir panjang.


Akhirnya cuti sekolah 2 minggu dimanafaatkan. Cuma saya memberi syarat kepada kontraktor supaya kerja kerja dapat disiapkan sebelum sekolah bermula. Sewaktu kerja kerja dijalankan, anak anak terpaksa tinggal di bahagian tingkat atas rumah. Syukur! hanya kawasan ruang tamu sahaja yang di'makeup' .Ruang dapur masih boleh digunakan cuma jadi agak sempit kerana sofa dan perhiasan rumah diletakkan dikawasan dapur dan bilik tetamu.


Alhamdulillah selepas seminggu sekolah, kerja kerja dapat disiapkan(sumpah! tidak akan mencari kontraktor yang sama..nasib baik kerja dapat disempurnakan). Bila melihat hasilnya hilang segala keluh kesah sewaktu kerja kerja dijalankan. Yalah siapa yang tahan bila melihat habuk putih dan rumah yang berselerak.







Sambutan Hari Lahir



Rasanya tidak terlambat untuk saya menguar uarkan sambutan hari lahir anak anak kesayangan saya (hohoho). Isteri sering bertanya mengapa tidak masukkan ke dalam post sedangkan sebelum ini hari lahir anak lelaki saya sempat pula masukkan. Bukan pilih kasih tapi masih belum berpeluang untuk mengupdate dan kekeringan idea(hehe).



Untuk Alya Bisyarah dan Nurin Nasuha..Selamat Hari Lahir dan semoga menjadi insan berguna dan menjadi kebanggaan Abah dan Ibu.



Anak sulung yang sudah mencecah umur 9 tahun.


muka control ayu bila sudah dapat hadiah









selamat hari lahir yang ke 7 tahun!

22 June 2009

Hari bapa dihargai

Untuk sesiapa lelaki yang mengaku dirinya bapa@bapa mithali saya ucapkan selamat menyambut hari bapa. Saya juga dirai kemarin. Mendapat 2 pasang baju kemeja dan 2 pasang seluar kerja pilihan isteri dan anak anak pasti membuat diri ini terasa dihargai. Mendapat pelukan dari isteri dan anak anak juga membuat terasa 1 hari itu cukup bermakna bagi saya.


Mengenangkan layanan dari anak anak membuatkan hati saya sebak bila teringat arwah ayah yang telah lama meninggalkan kami. Hari bapa ini baru buat saya, dulu dulu hari seperti ini jarang dirai.dan mungkin arwah juga jarang mendapat hadiah mahupun pelukan dari anak anaknya. tapi saya tahu, kasih sayangnya tetap tidak berkurang. Buktinya sewaktu saya belajar tanpa ada kereta sendiri dia masih sanggup untuk menghantar saya ke lapangan terbang dengan menumpang van. Juga sanggup menumpang rumah saudara jika penerbangan balik ke Semenanjung pada subuh hari.


Dia jarang menunjukkan kasih sayangnya tapi tetap menemani kami dan menyokong kami biarpun tanpa sumber kewangan yang banyak. Untuk sesiapa yang masih punyai ayah. Hargainya dia dan temanilah ia selagi dia ada .Kehilangan orang yang tersayang pastinya bukan satu pilihan yang kita gemari lebih lebih lagi bila meraikan hari seistimewa begini. Selamat hari Bapa!






25 May 2009

Musim kawin dah tiba.

Bulan Mei satu satunya bulan yang penuh dengan cuti dan perayaan. Hari Ibu, hari Guru, Pesta Kaamatan, birthday anak dan isteri(hohoho) dan yang pasti musim kenduri kawin.


Hujung minggu lepas saja, sudah menghadiri 2 majlis kenduri kahwin. Untuk minggu minggu berikutnya pasti banyak majlis kenduri kahwin dibuat memandangkan musim cuti persekolahan baru bermula. Yang best mengenai kenduri kahwin pastinya dapat berjumpa dengan kawan kawan lama sambil layan zapin ,kerepek pisang dan kopi panas...fuh! sewaktu bujang hensem dulu, teruja juga bila melihat anak anak gadis berjalan melintasi kita. Sekarang ini mungkin agak kurang sikit(hoho) memandangkan anak ada disebelah kita menjadi mata mata untuk ibunya.

Dalam enak menjamu selera dan mendapat Campur(ole2 seperti telur dan gula gula) jangan lupa mengunjuk(menghulur) tuan rumah.makan bukan free ah!!! selamat menempuh musim kenduri kahwin ahakss!