Melihat telatah anak anak sewaktu menonton tv sering mengingatkan saya kepada telatah saya dan adik beradik sewaktu menonton tv. Bukan hanya kerana sering berebut siapa yang harus duduk di depan malah pastinya tertunggu tunggu rancangan yang diminati (padahal waktu itu hanya ada TV1 dan TV2 saja). Bukan seperti sekarang dimana kita punya banyak pilihan (nak channel kartun hanya perlu tekan 611,612 ohhhhh!!!!).
Siapa yang boleh lupa dengan rancangan CUMI DAN CIKI..hoho teringat abang Bozo membuat sesuatu hasil kerja untuk kanak kanak . Rancangan berbentuk famili, seperti Family Ceria Bersama Singerr.teringat bila arwah Sudirman membuat rancangan itu di Sabah. bila salah seorang peserta di slot teka benda bertanya "adakah ia barbulu(ikut loghat sabah) dan dibalas oleh Sudirman "adakah anda berbulu....hohohoh
Dan jika drama diambil kira..tentunya drama seperti Seorang Tua Di kaki Gunung. Sri Mersing(penjahatnya memang famous..si bentayan), Awan Mendung Di kundasang (terkenal dengan ucapan 'mulau ko jamessss), Seiring Jalan (fuhhh cerita 3 sekawan menaiki basikal dan lagu tema memang besstt) dan tentunya drama minggu ini yang banyak menampilkan drama drama yang bermutu.
Untuk rancangan hiburan pula siapa yang boleh melupakan slot mekar sejambak..ohhh teringat pula penyanyi Azie yang comel tu..(kecil kecil sudah pandai perassan).Saya juga merindui rancangan rancangan seperti pesta pantun dan juga persidangan parlimen olok olok yang membarisi kanak kanak. Biasanya rancangan ini sering ke udara sempena sambutan kemerdekaan negara.
Pastinya slot rancangan tv ini menimbulkan nostalgia kepada sesiapa yang membesar dengannya. Dan jika ada usaha menyiarkannya kembali pasti saya salah seorang yang akan menontonnya. Jangan saja rancangan sarkis disiarkan lagi pada hari pertama Hari raya seperti mana yang sering dibuat sewaktu saya kecil dahulu...hoho
No comments:
Post a Comment